Latest Posts

Ketika aku takut memberi...

*Bismillah..*

KETIKA
Aku takut MEMBERI
Aku lupa, bahwa SEMUA yang aku miliki juga adalah PEMBERIAN.

Bersedekahlah dan jangan lama disimpan dan ditahan. Sebab Allah akan menahan (kurnia-Nya) untukmu.

Jangan tunggu kaya baru nak bersedekah, sedekah yang paling Allah suka ketika kita tidak punya bnyak harta tetapi hati ikhlas kerana Allah kita masih mampu memberi mengharapkan pahala ganjaran dari Allah swt. 

"Barang siapa yang tidak mensyukuri yang sedikit, maka ia tidak akan mampu mensyukuri sesuatu yang banyak."

*#HartaKekalMilikKita*
*#Sedekah*
*#JutawanAkhirat*

Jom belajar rahsia pengiraan tarikh lahir metafizik


JOM BELAJAR RAHSIA PENGIRAAN TARIKH LAHIR METAFIZIK

Cara pengiraan tarikh lahir

Misalnya : 22 April 1980 bersamaan dalam angka 22/04/1980
pengiraannya ialah:

22      04        1980
  4        4         1  8
            8    +    9
                  8
             8   +    7
                  6

Keputusannya ialah : Memiliki nombor asas: 8

Huraian No Asas Potensi Diri

Nombor 1 
🔗Ada ciri-ciri kepimpinan. 
🔗Kemungkinan semasa alam persekolahan atau selepasnya, anda dilantik menjadi:
➖Ketua atau
➖Penolong ketua dalam persatuan 
🔗Kemungkinan juga anda menolak perlantikan dalam jawatan tersebut. 

Nombor 2 
⏩ Anda punyai komunikasi atau penyampaian yang baik.
⏩ Suara anda kedengaran lantang dan jelas. 
⏩ Mungkin juga anda susah atau malu nak mula bercakap namun apabila sudah mula anda kelihatan mesra. 


Nombor 3
👉 Pergerakan anda sangat cepat atau  🏃🏃‍♀🏃🏃‍♀
👉 Lain kata anda tidak suka bertangguh dalam sesuatu perkara. 

 Nombor 4 
💠 Anda suka merancang
💠 Anda suka kepada ilmu pengetahuan. 📖📚📙📔

 Nombor 5
💡Anda seorang yang punyai prinsip sendiri. Contoh jika anda kata “A”, “A” lah jawapannya, jika “B”, “B” lah jawabnya. 
💡 Atau anda tidak terus membuat keputusan serta merta dan 
💡 Anda akan fikir dahulu dan jawapan akan diberi kemudian. 

 Nombor 6
💥 Anda mempunyai sifat kekeluargaan atau ambil berat tentang keluarga. 
💥 Ini membuatkan anda bagus dalam perancangan kewangan. 💵💴💰💶💷

 Nombor 7 
💢 Anda punyai ramai kawan. 
💢 Anda mudah mendapat penyokong. 
Ini membuatkan hidup anda nampak bertuah. 👩‍👩‍👧‍👧👫👬👭

 Nombor 8
🔗Anda seorang yang bertanggungjawab samada terhadap keluarga atau kerjaya. 
🔗 Contoh dalam kerjaya atau persekolahan; jika diberi tugas atau kerja rumah, anda akan selesaikannya walaupun memakan masa. 😍😍😍😍😍


Nombor 9
👉 Anda suka mengejar kejayaan atau aset. 💵💸💸💰
👉 Mungkin juga anda memikirkan perniagaan. 

Metafizik dan Perspektif


METAFIZIK DAN PERSPEKTIF

Satu perkara penting yang sangat perlu untuk kita selesaikan iaitu sikap pesimistik kita dalam mendalami ilmu-ilmu metafizik ini. Setiap kali kita berbahas tentang ilmu-ilmu metafizik/ghaib, maka akan timbul persoalan yang berkaitan dengan agama. Berbagai andaian akan timbul dan berbagai pertanyaan muncul sama ada ianya bersalahan atau tidak dengan hukum agama. Adakah ia tergolong dalam sihir? Persoalan demi persoalan timbul dan yang paling ditakuti ialah sama ada ia akan membawa kepada sesat dan syirik.

Metafizik adalah salah satu cabang ilmu sains; sama dengan fizik, biologi, matematik, kimia dan sebagainya. Kalau tidak salah belajar biologi, maka tidak salah juga belajar metafizik; kerana ia juga ilmu sains.

Apapun yang kita pelajari akan jadi salah kalau ia memesong tauhid. Contohnya Charles Darwin yang mempelopori teori evolusi, menemui keajaiban biologi, tapi mengenepikan aspek ketuhanan, bukan salah ilmu biologi, tapi yang salah ialah pemikiran orang yang menolak kuasa Tuhan.

Seperti ilmu bersifat universal, tinggal kita yang mencorakkannya sama ada untuk jadi hitam atau putih.

Mengaktifkan Tenaga Dalam

Pertama sekali kita perlu SEDAR bahawa diri kita terdiri dari 3 aspek utama

1. Fizikal
2. Mental
3. Spiritual

Ini cukup penting sebab TENAGA DALAM yang sempurna dibina melalui penggabungan 3 aspek ini dan untuk menjadi manusia yang sempurna perlu mendaya gunakan secara optimum seluruh potensi 3 aspek diri ini. Jadi pandang ke dalam diri dan sedarlah tentang hal ini.

💫 Fizikal dilatih dengan jurus/gerak tertentu
💫 Mental dilatih dengan teknik konsentrasi pernafasan tertentu
💫 Spiritual dilatih dengan zikir tertentu 

Setiap perguruan TENAGA DALAM mempunyai teknik tersendiri dalam melatih ketiga-tiga elemen ini bagi membangkitkannya.

Dalam bidang kerohanian Islam ia telah lama terbukti bahawa tenaga dalaman ini memang wujud dan ia dikaitkkan pula dengan latihan kesufian yang bersungguh-sungguh. Pihak barat yang hanya bergantung kepada bukti fizikal semata-mata sebab itu mengalami kepayahan menilai sesuatu perkara yang ghaib.

Umat Islam sebenarnya amat beruntung kerana sudah sedia ada pembelajaran untuk meneroka bidang ini, namun selepas terpengaruh dengan sains moden barat yang menolak sesuatu yang berbentuk super natural, akhirnya orang Islam mengabaikannya.

Sebenarnya ilmu metafizik adalah ilmu Islam dan diterokai oleh ahli sufi Islam sejak berabad dahulu. Salah seorang tokoh terkemuka yang mendapat pengiktirafan barat ialah Ibnu Arabi. Pihak barat menceduk ilmu Islam ini dan melabelkannya semula sebagai ciptaan mereka.

Ilmu kerohanian Islam jauh lebih hebat dari apa yang dicapai oleh ahli sains barat. Itulah ilmu para wali Allah yang tiada tolok bandingnya dengan mana-mana ilmu barat. Imam Syafi’i menegaskan, “Milikilah kepandaian berbicara dengan banyak berdiam, dan milikilah kepandaian dalam mengambil keputusan dengan berfikir.” (Mau’idhatul Mu’minin)

Abu Darda’ seorang sahabat yang terkenal pernah ditanya tentang amalan yang paling utama, dia menjawab, “Tafakur.” 

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Bertafakur sesaat adalah lebih baik daripada beribadat setahun.” Riwayat ad-Dailani

Rasulullah saw. pernah bersabda, “Berfikirlah kamu tentang ciptaan Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang zat Allah.” (HR Abu Nu’aim)


Rahsia Ilmu Pernomboran


Di sini kita akan membincangkan perihal Metafizik Pernomboran Islamik.

Ilmu Pernomboran yaitu "decoder of number" ialah ilmu yang menafsirkan maksud dan huraian kepada sesebuah nombor berasal dari ilmu Tamadun Yunani dan Tamadun China berabad lamanya.

Namun, Islam datang memperbetulkan kesalahfaham dan meluruskan kembali decoder/ definisi setiap nombor tadi selari dengan syariat.

Sebagai contoh, kaum Tionghua amat membenci angka 4 yang dianggap sebagai kematian sedangkan numbering of Islam menyatakan di sebalik nombor 4 melambangkan ilmu dan perancangan!

Kerana itu kita berada di sini!

Sebelum kita lebih dalam, pengkajian tarikh lahir dan huraian.

Bagus kita kaji selidik apa yang ada di sebalik Rahsia Pernomboran:

Islamic Decoder of Number

1 Adalah lambang permulaan, tunggal dan kepimpinan (khalifah).

2 Adalah lambang:
⏩ pasangan 
⏩ kejadian alam
⏩ bumi langit
⏩ lambang air H20

3 Adalah lambang pergerakan dan pengulangan memandangkan:
🔸3x wuduk
🔸33x tasbih
🔸33x tahmid
🔸tahlil
🔸33x takbir

4 Lambang ilmu pengetahuan kerana 4 kitab yang diturunkan dan 4 mazhab yang kekal sehingga hari ini.

5 Lambang perubahan diambil dari 5 rukun Islam yang merubah seseorang kafir menjadi Islam dengan 5 perkara tadi.

6 Adalah lambang keduniaan kerana dunia diciptakan dalam masa 6 hari.

7 Dikaitkan dengan lambang kerohanian dan manusia kerana ada:
⭐️ 7 martabat nafsu
⭐️ 70k bidadari dan 
⭐️ Nabi-nabi ada 124k (1+2+4:7)

8 Adalah lambang tanggungjawab memandangkan ada 8 malaikat yang memikul aras.

9 Adalah lambang asma ul husna iaitu kejayaan.

Bole follow setakat nie? 🙂☺️😊

TAHNIAH DAN GOOD LUCK!!

to All Of You.

Kerana anda sekarang berada dalam sebuah blog yang sangat-sangat HEBAT.

Di mana anda akan dikongsikan oleh sebuah ilmu yang ada pada para jutawan.

Ilmu yang ada pada DAO, Najib Assadok, Sifu Jamal, Cikgu Roy, Dato Ibrahim, Dato Eddy, Anis Chocmoist dan banyak lagi sedangkan ilmu ini mereka hanya kongsikan kepada orang-orang tertentu sahaja yang kami sampaikan secara PERCUMA.

Jangan sia-siakan pengalaman ini.

Nantikan admin anda berkongsi ilmu ini mengikut jadual kelas yang ditetapkan.

Hormati admin anda sebagai guru.

Sekiranya ada beberapa persoalan dan pertanyaan, berbincanglah secara baik.

Perlu diingatkan , jangan cemari blog ini dengan kata-kata negatif dan sebarang iklan.

Boleh-boleh?

Apa itu metafizik?


Apa itu Metafizik??

Metafizik ialah sebuah ilmu untuk merungkaikan hikmah sesuatu perkara yang wujud di alam ini.

Metafizik ialah suatu yang ghaib tapi wujud di sekeliling kita dan bekerja untuk kita.

Contohnya: 
Warna dan Pernomboran

Apa itu METAFIZIK?

Metafizik ialah : ilmu database yang dikumpul dari pattern manusia-manusia yang hidup sebelum kita. Sejak dari zaman berzaman dan ribuan tahun. Untuk dijadikan sebagai panduan.

💠Kaedah untuk memahami apa sebab musabab terjadinya sesuatu dan untuk memperjelaskan apa dan kenapa ia berlaku. 

💠 Penerangan terhadap sesuatu yang tidak nampak /ghaib tetapi wujud dan memberi kesan kepada kita. Contoh: warna yang kita pakai memberi kesan energi tertentu pada kita. Contoh: jin juga wujud dan kita tak nampak tetapi memberi kesan pada kita. 

💠 Satu cara untuk kita kaji potensi sebenar diri setiap individu terutamanya diri kita. Supaya kita dapat ubah dan perbaiki ke arah yang lebih baik dan gunakan semaksima pada jalan yang betul.

Metafizik terbahagi kepada banyak bahagian:

⏩ Metafizik Pernomboran vs Pernomboran Islamik

⏩ Metafizik Warna 

⏩ Metafizik Aura

⏩ Metafizik Kuasa Minda

⏩ Metafizik Spiritual (Tasawwuf dan Thariqat)

Stay tune..

Permulaan setiap insan


Dalam setiap kejadian ada permulaan, maka permulaan setiap insan adalah kelahirannya dan terkandung 1001 rahsia di sebalik kelahiran SETIAP insan,: Masanya, Harinya, Jamnya, Saatnya.

Dan ingatlah firman Tuhan:

" Tidak akan terjadi sesuatu perkara tanpa izinNya.."

Dan setiap perkara yang berlaku PASTI ada rahsia dan hikmahnya.

" Siapa mengenal dirinya, maka mengenal akan TuhanNya, siapa mengenal akan TuhanNya, mengenal dirinya".

Maka marilah sama-sama mengenal Rahsia Diri.

Belajar Dulu..
Fahami dan..
Judge Kemudian..

Yang penting beri peluang pada diri..

Bole2?

Jom kenali Xifu anda


JOM KENALI XIFU ANDA

Salam Taaruf Bagi Semua Sahabat Jutawan Hartawan Dermawan..

I am Xifu Ust Ihsan Mohamad
Berumur : 28
Status : Berkahwin
Asas : 9

✅CEO RichXen World Sdn Bhd

✅Founder *Xenrich Academy* dan *Produk Mandian Aura 769*

✅*Master Trainer* in Metaphysic :

Master (Sains Penomboran Al Quran)
Master In Reiki (Kundalini dan Ushui) , Master in Tenaga Dalam, 
Pakar Hipnosis, 
Pakar Aura dan Chakra, 
Pakar Colour Vibration Theraphy (CVT)
Pengamal Law Of Attraction (Kuasa Minda) 
Pengamal Self Emotion Free Technique (SeFT)
Pengamal Applied Kineosology (AK) dan Pengamal Rawatan Islam

✅Bekas Imam Muda Masjid Bukit Antarabangsa, Ampang
✅Pemegang Ijazah Sarjana Muda UIAM (Fiqh and Usul)
✅Hafiz 15 Juz Al-Quran
✅Founder *Produk Mandian Aura: Set Aura769 (AuraGold, AuraNuur, AuraRich)

Follow me:
Facebook: https://m.facebook.com/profile.php?id=100014339798338&fref=ts
IG: xifu_ihsan769
Fbpage: Akademi Zenaura, 
Fbpage: Aura769
Email: excel696@gmail.com
No fon: 014-6692769
Website: www.XenRichAcademy.com

Our Hashtag: 
#aura769
#xifuihsan769
#xenrichacademy
#konsultanmetafizik
#metafizikohsem

P/s: Sekiranya anda ingin cari info berkaitan metafizik di media sosial, gunalah carian hashtag2 tersebut!👆

2017: Tahun kembali kepadaNya


2017: TAHUN KEMBALI KEPADANYA

Dalam Tahun 2017, terdapat Pola 81 di mana Allah SWT menyampaikan mesej kepada kita agar kembali kepadaNya.

(8) seluruh usaha tenaga perlukan (1) iaitu lambang superpower/main source of universe yakni (Allah)

Jadi, sekiranya anda inginkan kemudahan dalam urusan hidup dan perniagaan, maka mahu tak mahu, nak tak nak Allah mesti jaga.

Marilah kita memperbetulkan "allignment" hubungan kita dengan Allah swt. Yang mana kehidupannya sebelum-sebelum ini banyak "lagha", ayuhlah kita sama-sama kembali kepadaNya.

Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita semua Aamin..

Keajaiban solat Dhuha 12 rakaat

Sahaja Aku Berkongsi Ilmu pagi ini kerana Allah Taala

Bismillah....

Keajaiban Solat Dhuha 12 Rakaat

Sebelum kita teruja nak berusaha solat Dhuha 12 rakaat, sifu ingin #throwback hadis Nabi SAW,

“Di pagi hari seluruh persendian kalian diharuskan bersedekah. Setiap bacaan tasbih (Subhanallah) adalah sedekah, setiap bacaan tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap bacaan tahlil (Laa ilaha illallah) adalah sedekah, dan setiap bacaan takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah. Amar ma’ruf dan nahi mungkar juga sedekah.

Dan seluruhnya dapat digantikan dengan melaksanakan 2 raka’at shalat Dhuha...” (HR Muslim: 720)

Andai baca hadis di atas, solat Dhuha adalah ibarat hutang badan kita kepada Allah. 

Syukur 

Sedikit sekali hamba-Nya yang bersyukur. Sudah terlalu banyak nikmat yang Allah beri kepada kita dan tiada nikmat yang patut kita dustakan. Andai kita solat sunat Syukur 100 rakaat atau solat Dhuha 100 rakaat pun belum cukup untuk membalas kebaikan Tuhan kepada kita. 

Oleh sebab itu ada hadis kata, apabila anak Adam solat 4 rakaat di pagi hari, Allah akan cukupkan. 

Daripada view yang lain, saat kita sedekahkan tubuh kita untuk Allah di pagi hari = refleksi syukur kepada Dia. Dia sudah berjanji, apabila kita bersyukur, Dia akan tambah lagi nikmat. 

Maka, tidak hairan ketika solat Dhuha 12 rakaat, Tuhan akan tambah nikmat. Sifu selalu berpesan dengan diri sendiri, buat kerana Allah, buat kerana rasa syukur kepada Allah, balasannya terserah kepada Allah nak bagi apa. Dapat sedikit pun syukur, dapat banyak pun bersyukur.

Daripada banyak kisah sedekah yang menjadi, pasti ada antaranya yang tidak terjadi yang termasuk dalam kategori bertangguh atau elak bala. 

Saat menjadi, pasti ada antara hamba-Nya yang mula persoalan keadilan Tuhan,

"Kenapa aku buat tak jadi?"

Oleh sebab itu, sifu nak pesan di sini buat kerana Allah semata. Bulat dan tekad kerana Allah. 

1/0 = infiniti

1/1 = 1

Saat kita buat bulat kerana Allah, insya-Allah balasan-Nya tidak disangka-sangka. Surprise & Speechless.!!!

Saat kita bulat kerana sesuatu selain Allah, balasan-Nya terhad ( 1 )

Perbaharui niat - buat kerana Allah. Buat kerana rasa syukur dengan sedekah tubuh kita untuk Dia.

Perdagangan yang tidak rugi - surah Faathir ayat 29 iaitu baca Al Quran, solat dan sedekah. 

Kisah Keajaiban 12 Rakaat Dhuha 

Cuba untuk istiqomah duha 12 rakaat. Dah 1 minggu buat. Kesannya memang lain macam. Rasa macam tak keje. Tapi buat duit, banyak dapat ilmu baru dan dapat sparring partner.

Dhuha 12 rakaat ni tarik rezeki yang jauh datang dekat.
Rupanya rezeki itu mudah. Berjalanlah kepada ar Razaq. Nescaya rahmatnya datang berlari kepadamu.

Dan barangsiapa berjaya melakukan istiqamah Dhuha 12 rakaat maka sudah dijanjikan syurga oleh Allah. Tapi jangan pula berbuat kerana harapkan ganjaran pula ya.

Panduan solat Dhuha 12 Rakaat 

Ini mungkin membantu anda untuk buat Duha 12 rakaat.

#1. Kelebihan
Pengalaman sifu 12 rakaat Duha memang super power. Memang dapat feel rezeki datang mengejar kita. Takkan dapat rasa kalau tak buat! Confident dalam buat apa perkara. Dapat ilmu baru dengan pantas dan In Sha Allah dapat partner yang tepat.

#2 Cara sifu buat
Seawal pagi kira-kira 100 minit selepas masuknya waktu subuh atau 15 minit selepas syuruk atau saat anda lihat matahari pagi sedang menyala masuk ke celah-celah ruang rumah. Biasa ambil masa dalam 15 minit. Tak lama mana pun. Kalau kita boleh layan wasap sampai 1,2 jam takkan 15 minit untuk tarik rezeki kita tak bole buat. Kan? (Nak buat 2 rakaat tak masalah tapi feel dia tak sama langsung dengan 12 rakaat + awal pagi)
.
Rakaat pertama surah Ad Duha dan rakaat kedua surah Al Asr 
.
Rakaat ketiga sampai rakaat ke 12 baca surah Al Fiil menurun sampai ke An Nas. Sifu buat begini supaya tidak lupa bilangan rakaat yang sifu buat (sifu juga insan yang lalai dalam solat)

Sujud akhir (rakaat ke 12) sifu baca Al Wahab 40x (rujukan daripada kitab Hisni Hasin) fadhilatnya Allah akan beri rezeki dari sumber yang tak disangka-sangka.

Habis solat sifu istighfar 3x dan baca Al Basit 10x kemudian sapukan pada wajah (juga rujukan kitab Hisni Hasin) dan disambung dengan doa solat Duha. 
.
#3 Doa sifu
In Sha Allah ini perkongsian dari sifu. Mudah-mudahan kalian yang membaca dapat amal dan sampaikan. Sifu doakan kalian semua dalam Duha sifu agar menjadi orang yang penuh keberkatan, kekayaan, kejayaan, kesihatan dan kebaikan.