Letakkan katak hidup di dalam air mendidih adakah ia akan lari? Tidak.
Apa yang katak akan buat ialah menyesuaikan dirinya dengan suhu air. Sedikit demi sedikit ia akan kekal di situ sehingga air terlalu panas dan ia akan mati.
Apa yang membunuh katak?
Air mendidihkah atau katak itu sendiri?
Ramai antara kita akan kata air mendidih tersebut. Sebenarnya yang membunuh katak bukan air, tetapi sikap dan mentalitinya sendiri yang tidak mahu keluar dan mengubah nasibnya dari keadaan tersebut. Ini dipanggil dalam psikologi "Boiling Frog syndrome".
Sindrom ini akan memakan diri mereka sendiri sekiranya mereka tidak mahu berubah. Sama ada anda berani berubah atau anda akan musnah akibat terus selesa dengan sikap yang lama di kala keadaaan menuntut anda berubah.
Assalamualaikum semua..dah settle uruskan anak..bagi bekal makanan. Kita bagi duit belanja dia tak nak..Alahai anak...
Pagi ni nak share sikit tentang Allah sebaik2 #perancang..
Dulu saya kerja makan gaji. Tambah pula ulang alik Lumut Ipoh. Dan kerja tersangatlah busy. Tahu2 lah siapa yang pernah kerja HR. Dan satu je benda yang saya fikir dulu..macam mana la anak aku nak masuk sekolah darjah 1 nanti. Dengan makan memilihnya.. nak manage masa. Saya selalu kelam kabut pagi2. Heheh. Dan masa saya ambil keputusan nak berhenti kerja dulu tak fikir pun pasal ni. Saya cuma fikir nak dapat extra income melalui berniaga. Kata 9/10 rezeki datang dari perniagaan. Huhuhu. (nanti saya share apa yang saya dapat dari 9/10 ni ; next episod)
Setahun berlalu dengan pelbagai cabaran. Fasa2 kehidupan yang baru. Macam2 Allah perkenalkan buka MATA HATI untuk melihat KEBENARAN melalui ujian dan nikmat dariNya.
2016 penuh dengan percubaan demi percubaan. Manage dan manage. Rearrange dan rearrange. Kenal diri. Kenal Allah. Keluar masuk track. Huhuhu. Berperang dengan diri sendiri adalah paling mencabar.. Tq Sifu Farihan Yahya, mak abah yang dicintai..sepupu2ku serta sahabat2 yang sentiasa bersama dan menerima saya seadanya..
Dan hujung tahun lepas (lepas la sangat! 2016 hehehe) Allah uji lagi dengan 1 keputusan yang sangat2 pahit untuk ditelan. Melepaskan untuk menDAPATkan.. bab ni orang lain takkan faham apa yang saya lalui. Hanya yang minum air laut sahaja tahu betapa masinnya air laut itu. Tq suamiku..kerana memahami isterimu ini..dan banyak beri sokongan padu...
Dan..untuk permulaan 2k17ni..telah DAPAT rasa satu per satu kemanisan dari kepahitan yang ditelan. Bermula dengan kemas rumah. Macam nak sambut raya dah. Ambik mood dan semangat baru. dapat manage masa untuk dhia. Masak dan bekalkan makanan untuk dhia. Hantar sekolah dan ambil sekolah. Teringat balik perkara ni lah yang saya pernah terfikir dan risaukan. dan hari ini saya dapat jawapan dari pelbagai ujian2 yang Allah beri untuk beri NIKMAT yang satu ini. Tq Allah.
Benarlah..sabar itu melambangkan keimanan kita. Sabar itu akhirnya indah. Sabar disertakan dengan redha. In Sha Allah akan berakhir dengan kemanisan.
Bahagia itu bukan pada nilai wang ringgit yang kita ada. Bahagia itu dengan menikmati nikmat2 dari Allah kepada hamba2nya.
Jadi pada yang sedang diuji, banyak2 bergantung harap pada Allah dan bukan pada manusia. Nanti kamu akan kecewa.
Ujian takkan pernah berhenti kecuali setelah jasad dan nyawa dipisahkan. Me too.
Permulaan yang baik untuk 2017. Tq Allah.
#DesignFromAllah
#FromAllahToAllah
#HadapdanRedha
#MyStory
Perkongsian dari status fb Puan Fairuz Liyana.
Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Apa khabar hari nie, Didoakan semoga Allah permudahkan segala urusan kita hari ini, mudah mudah dan sehabis mudah.
DOA HARI INI
05 RABIULAKHIR 1438H
04 JANUARI 2017 M
"Wahai Allah, cukupkanlah daku dengan rezekimu yang HALAL, hingga daku terhindar daripada yang haram. Kayakanlah daku dengan anugerahmu hingga daku tidak meminta kepada selainmu. Amin ya rabbal alamin."
Semoga kita semua di sini dapat bersilaturrahim di sini dengan hati yang gembira di samping berkongsi ilmu. Salah satu KUNCI REZEKI adalah silaturrahim. Mereka yang menolak silaturrahim itu bermakna Allah akan sempitkan nikmat dan rezekinya.
"Teman-teman di sini boleh invite ramai sahabat-sahabat yang berminat untuk mengenal diri, potensi business dan kerjaya serta bagaimana nak mengharungi cabaran ekonomi global bermula 2017 hingga 2020 dengan kaedah metafizik sains penomboran islamik dengan share di group whatsapp atau telegram masing-masing link di bawah :
Tribe #769 SAFT -Model Potensi Diri, Business & Kerjaya
Bantu sifu untuk penuhkan kuota 100 pertama, banyak teknikal baru untuk survive 9 on 9 dimension untuk dijamu pada kalian di sini. Berapa ramai di sini yang sudah terbiasa dengan ilmu metafizik sains penomboran.....?"
Itu merupakan ayat intro untuk salah satu group telegram (Metafizik Sains Penomboran Islamik IMQ Ways) yang aku sertai (diinvite untuk sertai). Walaupun sebenarnya aku sendiri tidak pasti siapa yang memasukkan aku ke dalam group ini, namun aku berterima kasih kepada beliau.
Aku join group ni lepas raya Aidilfitri (sekitar bulan Julai 2017), namun memang aku tertarik dengan pengisian yang diberi. Jadi aku putuskan untuk terus hadam, belajar dan scroll dari atas semula segala mesej-mesej ilmu yang berkaitan yang telah disampaikan sebelum ini. Mujurlah juga menggunakan medium telegram, jadi akses kepada mesej awal masih boleh dibaca walaupun kita adalah ahli yang terlewat. Bayangkan betapa gigihnya aku untuk scroll semula hingga ke mesej mula-mula dalam perbincangan/perbualan ahli group yang ada 3500 ahli. Berpeluh. Hihi
Tapi tak mengapa, memang aku berminat. Dan aku niatkan aku mencari mesej-mesej awal untuk benar-benar belajar dari gelas yang kosong ini minta diisi dan aku akan cuba praktikkan setiap ilmu yang diberi dalam usaha untuk kembali menerobos sempadan diri. In Sha Allah. Amiin.
Bismillah.
Apa kata kita kurangkan follow IG artis-artis atau insta famous yang selalu membuatkan kita berbisik dalam hati:
"Bestnya kalau aku cantik macam dia..."
"Seronoknya kalau aku selalu dapat melancong macam dia..."
"Sweetnya dia dengan husband dia..."
"Bestnya rumah dia besar ada swimming pool..."
Semua itu sentiasa beri kita perasaan yang negatif tentang diri sendiri. Semua itu buat kita merasa tidak cukup dengan nikmat yang sedia ada.
Sebaiknya kita banyakkan untuk follow IG yang banyak quotes tentang motivasi islami atau boleh sahaja motivasi dari mana-mana sumber, asalkan isinya sentiasa membuat kita lebih optimis & bersemangat untuk menghadapi hidup.
Cukuplah bermimpi untuk menjadi sebahagia orang lain, sehingga terlupa bahawa diri sendiri juga sudah bahagia, sudah cukup nikmat semuanya, cuma belum cukup lafaz syukurnya.
Be strong!!! Be positive!!! 😄😄😄
"Do you ever go into sujood a little bit longer than usual and then realize why you were so sad all this time?"
#elsajidashare
Allahuakbar. Dia insan terpilih.
[Forwarded from Muharikah]
Perkongsian dari ibu Dr Nida Fatin yang meninggal baru-baru ini.
-------------------
Nida telah memilih jalan yg baik seawal usia 20 tahun.
Dia tinggalkan kesukaan orang muda setelah mengikuti usrah. Her wardrobe, even her boyfriend she gave up bcoz menuruti sunnah. "Kalau Allah sudah takdirkan jodoh kami, sampai masanya kami kahwin lah."
Pada Nida dunia ini kecil nilai nya. She wore cheap handbags while her mother who has plenty of better ones offered her. She resoled n stitched her good shoes, refusing new pairs. Her Abah wanted a new car for her but she said the City is still good. Most of her furnitures r recycled from ours. She obeyed my financial planning advice to the tee. Today her saving is enough to cover Azzam education to a private tahfiz school as she wished. She left more than enough for those she loved.
She never complained about being posted to Sabah. Infact she turned it into opportunities to give her best service to the sick n needy. She even have time to teach Quran n give usrah even for two persons.
Bila saya minta Allah perbaiki diri saya dan tingkatkan kesabaran, Allah beri ujian2 besar selepas saya kembali dari umrah. Kehilangan Nida masih belum saya faham sepenuhnya. Malam tadi terdetik di hati saya kenapa orang ramai berkumpul di rumah. Bukan kah tahlil itu biasanya untuk orang lain.
Sepuluh tahun usia dewasa Nida jauh lebih baik dari saya yg dah senja.
Nida sentiasa puji Azzam anak yg baik. Tak banyak kerenah. Akan senyum walau baru bangun tidur atau dengan orang yg baru dia kenal. Nida cukup bimbang bila perlu on call n Daddy tak manjakan Azzam macam Mommy. Tapi akhir2 ni Nida dah latih Azzam untuk tinggal dengan Daddy. Last she came home for kursus Azzam balik Sabah sendiri dgn Dr Sham. Not that we know she's preparing them for this
Apa hikmahnya di sebalik kehilangan ini?
Kalau kita tidak belajar juga maka sia-sia lah semua
Kalau saya lupa, ingatkan saya.
Nida insan terpilih.
Kita entah bagaimana.
Allahummaghfirlaha wafuanha.