
[22 Mei 2011..22 Mei 1983..
setelah 28 tahun berlalu...]
Bertambahnya usia... bertambahkah ilmu di dada..? Bertambahkah bekalan amalan untuk dibawa ke sana..?? Selamat panjang umur untuk diri ~ Selamat pendek umur juga untuk diri sendiri... (monolog aku sesudah tarikh itu)
barangkali kerana kehilangan aku merasa sebegini...barangkali kerana ketewasan aku lemah seperti ini..
ah..kenangan itu terus membeli masa-masa berhargaku
hingga aku sendiri tidak mengerti
bilakah segalanya akan benar-benar berlalu...
semakin jauh aku pergi
semakin dekat pula kenangan itu memburuku
atau akukah sebenarnya
yang mengejar bayang-bayang kenangan itu...??