monolog

Menjengah cebisan hati

11:17 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


Semuanya gara-gara marathon novel secara tidak sengaja yg berlaku baru2 ini..(akibat 3 hari datang opis tanpa bekalan elektrik~dengan setiap peralatan analisis yang juga tidak dapat menjalankan fungsi)..impaknya,mood jiwang karat yg xberape menjadi..hehhe..

Walaupun lagu "Terhenti di sini"..namun kehidupan itu masih terlalu jauh lagi..dan untuk itu, masih tetap harus diteruskan seadanya..yang terhenti itu hanya masa silam..dan biarkan semua masa silam itu benar-benar terhenti di sini..yang menanti itu masa sekarang dan masa hadapan.. jadi,biarkan masa sekarang dan masa hadapan itu terus berjalan dengan rentetan pengalaman dan catatan yang lebih memberi erti..

0 comments:

monolog

Hari lahir..hari jadi..

5:42 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

[22 Mei 2011..22 Mei 1983..
setelah 28 tahun berlalu...]

Bertambahnya usia... bertambahkah ilmu di dada..? Bertambahkah bekalan amalan untuk dibawa ke sana..?? Selamat panjang umur untuk diri ~ Selamat pendek umur juga untuk diri sendiri... (monolog aku sesudah tarikh itu)

0 comments:

monolog

aku,dia dan kenangan...

8:48 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

barangkali kerana kehilangan aku merasa sebegini...
barangkali kerana ketewasan aku lemah seperti ini..
ah..kenangan itu terus membeli masa-masa berhargaku
hingga aku sendiri tidak mengerti
bilakah segalanya akan benar-benar berlalu...
semakin jauh aku pergi
semakin dekat pula kenangan itu memburuku
atau akukah sebenarnya
yang mengejar bayang-bayang kenangan itu...??

0 comments:

di sebalik kisah

Masa2 yg terus berjalan..

10:05 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Ù‡ُÙˆَ اللَّÙ‡ُ الرزاق
Dialah Allah Yang Maha Pemberi Rezeki..Alhamdulillah..

Bersyukur kepadaNya..dalam tempoh lebih kurang lagi 5 hari,aku bakal memulakan penghidupan yang baru di tempat baru..rezekiku sudah tertulis di situ..alhamdulillah..
moga ini permulaan yang baik utk tahun 2011 masihi & tahun 1432 hijrah..

Tarikh lapor diri: 1 Mac 2011
Tempat lapor diri: MKKM, KKM

then..what's next..???hmmmmmmm... ;p

0 comments:

Kisah Diri

jejak-jejak yang ditinggalkan

12:15 AM Rashidah Abd Hamid 0 Comments


bukan melarikan diri
sekadar ingin pergi
bukan membawa hati
sekadar memujuk diri
perjalanan yang tersisa
antara jejak-jejak yang ditinggalkan
"usah terlalu genggam yang lalu,
biarkannya di situ"
dan
masa depan itu
akan tetap terus berjalan...

0 comments: