isu semasa

SALAM MAAL HIJRAH 1430

8:00 PM Rashidah Abd Hamid 1 Comments

1 Muharam 1430H

salam maal hijrah 1430..moga yang di hadapan lebih baik dari yang terdahulu..
"Life only pass us once; today's moment becomes tomorrow's memory. Enjoy every moment, good or bad, Coz the gift of life is life itself"

1 comments:

monolog

Everything?? Something??

10:58 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Apabila
Yang dirasa mungkin tidak serupa
Yang difikir mungkin banyak berbeza
Dari kejauhan suatu impian
Dalam keikhlasan sebuah persahabatan
Kekal selamanya di benak ingatan
Atau mungkin hanya tinggal kenangan...
Sesuatu????
Segalanya???


erm...EVERYTHING IS NOTHING, BUT NOTHING IS SOMETHING...hehehe... :)

2 comments:

monolog

The good old days???

11:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Dia mungkin orang yang 'salah'
untuk kita
Dan kita juga mungkin bukan orang yang 'betul'
untuk dirinya
Ibarat kaca dan permata
Walau kilauannya hampir sama
Namun nilainya jauh berbeza

erm...the good old days????

0 comments:

di sebalik kisah

Dahulu...Sekarang...Akan datang...

4:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Dahulu
Kita hanya kenal 'gitu-gitu' sahaja
Setakat tahu nama dan kenal rupa
Tak pernah bertegur sapa
Tak pernah bersembang mesra
Cukup tersendiri @ cuba untuk menyelidiki???

Sekarang
Kita memang punyai banyak perbezaan
Dari tingkah laku
Hinggakan perbezaan fikiran
Tapi kadang-kadang kita tetap
boleh menerima & mendengar pendapat masing-masing
Kadang-kadang boleh punyai
Persamaan rasa hati
Bila tanpa disedari
Banyak kecenderungan serupa yang kita miliki...
Cukup serasi @ dalam proses untuk mengenali hati budi????

Akan datang
Apakah bakal ada akan datang untuk kita
Saling memahami dan menerima diri
Saling mengerti dan menjaga hati
antara satu sama lain...
Cukup memerlukan @ sememangnya kita telah ditakdirkan?????


....something to think...something to hope...but the reality is.....erm...

2 comments:

di sebalik kisah

Serabut...

10:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Asyik lupa, asyik hilang...
Asyik tak ingat kat mana letak barang2...
Asyik cuai, asyik buat salah...

isk...isk...isk...serabutnya dunia...
KENAPA NI??? huhuhuhu... :(

2 comments:

di sebalik kisah

BETUL vs SALAH....salah vs betul...

9:00 PM Rashidah Abd Hamid 2 Comments

Diam salah...
bercakap pun salah...

Menegur salah...
membiarkan pun salah...

Bergurau salah...
serius pun salah...

Menyokong salah...
membantah pun salah...

erm...asyik SALAH je...bilanya nak BETUL daa!!!

...............why there is too much fighting,
too little understanding???..........................

2 comments:

isu semasa

BERITA PALING MENARIK MALAM INI...

10:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Baru sahaja habis menonton berita di tv...dalam banyak2 intipati berita yang dilaporkan, rasa-rasanya berita ni yang paling menarik..paling best..bagi saya la..mungkin tidak bagi orang lain. :)
Bush dibaling kasut !!!

DIAIBKAN... (Gambar besar) Muntadar Al-Zeidi bangun secara tiba-tiba dari tempat duduk bahagian pemberita dengan memegang kasut di tangan kanannya ketika Bush dan Perdana Menteri Iraq, Nuri Al-Maliki mengadakan sidang akhbar bersama di Baghdad, semalam manakala gambar di bawah (dari kiri ke kanan) dia melontar kasut ke arah Bush sambil melaungkan “Ini kucupan perpisahan untuk kamu, anjing! Ini salam perpisahan daripada balu, anak yatim dan mereka yang terbunuh di Iraq.” Bush mengelak kasut yang dilontar dan berselindung di sebalik rostum ketika Muntadar mencapai satu lagi kasutnya sebelum melontar ke arah Bush sambil diperhatikan oleh Nuri Al-Maliki yang tergamam. – AP
So, any komen tentang berita ni???Pada saya la..kalo saya ada di tempat kejadian, sy akan nasihatkan si pembaling kasut (Muntadar) supaya ‘training’ lebih sikit untuk balingan lain kali…sayang sangat balingan dia kali ni hanya sipi2..tak kena betul2 kat kepala bush..isk..isk..isk…kalo kena kan lagi best..nk pulak kalo kasut dia tu jenis yg ala2 terompah ke..maunye jd benjol2 dahi bush macam hero 'hell boy'..hehehehehehe…

0 comments:

isu semasa

Salam Aidiladha...

8:00 PM Rashidah Abd Hamid 0 Comments

Ketenangan dan kebahagiaan itu
letaknya di hati
Andai tidak kau temui ia
di sudut hatimu
Ke manakah lagi akan kau cari???

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA 1429H

0 comments: